Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Video One Short

Assalammualaikum,.. 

Video one short adalah salah satu bentuk nyanyian yang mempunyai satu sahaja video yang mana video tersebut tidak mempunyai banyak potongan terhadap video yang direkodkan. Kebiasaan video one short adalah video yang digunakan dalam memberikan satu kesan kepada individu untuk memahami jenis gerak geri dalam persembahan yang dilakukan. Misalnya pada mingu-minggu yang sebelum ini kumpulan kami telah melakukan berkenaan pengambilan video one shoot. Oleh itu kami telah memahami sesuatu video tersebut sebelum merakam bentuk video one short tersebut berkaitan aspek yang berikut;
  1. Kedudukan kamera> Keadaan kedudukan kamera mestilah berada pada keadaan yang sempurna di mana pada bahagaian yang telah ditetapkan misalnya di bahagian tengah. Contohnya, kamera  tersebut mestilah diletakkan pada permukaan rata supaya video tidak mengalami gegaran.
  2. Video> keadaan video adalah bukan daripada mana-mana cantuman yang menjadikan ianya pelbaghai sudut. Video yang dilakukan mestilah diambil satu kali sahaja. 
  3. Video dan suara latar> Video yang diambil mestilah bersesuaian dengan muzik. Contohnya, penggunaan muzik yang baik maka akan menghasilkan gambar video yang baik dan sempurna.
  4. Video one shoot juga terbagi kepada 3 bahagian iaitu layer pertama, layer kedua dan layer ketiga kesemua video setiap layer mempunyai pergerakan yang tersendiri. Contohnya, satu layer adalah satu pergerakan, dua layer adalah dua pergerakan dan 3 layer adalah tiga pergerakan bergantung kepada situasi rakaman yang dijalankan. 
Sekadar pengkongsian saya. berkaitan video One Shoot ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...