Rabu, 14 November 2018

BBM3410/18: Proses Photoshop

Assalammualaikum,.. 

Pada hari ini kelas Multimedia tiada. Oleh itu, terdapat tugasan yang perlu dilakukan berkaitan proses membuat kalendar 2019.

Dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kami telah ditugaskan untuk merekod video berkaitan cara pembuatan kalendar 2019 menggunakan perisian Photoshop. 

Alhamdulilah,,, saya dapat merekod video proses menyiapkan satu kalendar iaitu bulan 11.

Saya terpaksa mengunakan youtube kerana saiz di blog tidak mencukupi untuk video ini.. ini liks saya.. https://youtu.be/uwA2OeWFxhQ atau clik video di bawah untuk sambung dengan youtube: 

~Syahril~ 185294


Gambar Photoshop yang telah sempurna:





Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18: Twitter

Asslammualaikum.... 



Pada hari ini saya ingin memberitahu rakan-rakan yang melihat blog saya bolehlah singgah di Twitter iaitu,  beralamatkan, https://twitter.com/Syahril40015319 . Semoga tuan-tuan rakan-rakan senag hati bila mengikuti Twitter saya.. Jangan risau tiada status yang mengangu jiwa  rakan-rakan sekalian.. perkongsian yang menarik saya sajikan untuk pedoman hidup kawan-kawan sekalian .. Tak lain tak bukan marilah follow Twitter saya...  









Tujuan saya buat Twitter adalah berkongsi maklumat berkaitan semasa sepanjang saya berdiri di menara gading. 
Bak kata perpatah rakan seperjuangan saya.. Syed Ahmad Faisal katanya...Bersatu teguh bercerai roboh.. Entah saya cuma sampaikan kepada rakan-rakan katanya penting... (wasiat)

Apa pun... ilmu itu seterang cahaya lampu kelip-kelip. 

BBM3410/18: Tugasan di dalam kelas

Asslammualaikum...

Selamat malam... hari ini aku dan kawan-kawan sangat gembira melihat video one shoot di mana video setiap kumpulan di paparkan di screen projektor di dalam kelas,... Namun, setelah menerima commen dari prof bahawa kami terpaksa menyanyikan semula berdasarkan nyanyian yang merangkumi semua ahli  kumpulan. Walaubagaimanapun.. kumpulan kami telah berbincang untuk merekod semula video tersebut bagi memastikan kandungan video one shoot menepati format video one shoot yang di kehendaki prof,,.. InshaAllah akan kami buat sebaik mungkin dalam tugasan ini.

Kemudian,  pada pagi ini selepas tontonan video berkaitan one shoot ada satu tugasan lain iaitu berkaitan 5 kesan negatif dan positif di dalam penggunaan media sosial brpandukan buku BOOM!!! ..

Sekian, terima kasih.


BBM3410/18: Ku Terpanggil-panggil

Asslammualaikum.. Ku ingin berkongsi cerita lajen..


Hari ini ku ingin bermula menceritakan perstiwa besar iaitu hujan tak berhenti-berhenti lalu ku keluar dari kolej untuk ke kedai... Tiba-tiba ada seorang pakcik memanggil ku,, pakai baju hitam dan seluar pendek. Lalu menyuruhku buka lagu.. Pelik benar......
Katanya lama tak dengar lagu,.
Ku pun bertanya... lagu apa yang ingin di buka cik,...  Lagu-lagu budak remajalah..
Okey kataku..
Kemudian ku pergi ke kedai mamak PKS atau dikenali denngan nama kedai mamak Maju Mas,... Jumpa semula dengan pak cik tadi.. Terkejut juga,,,,..
Dia sedang minum air bekalan isterinya katanya...
Lama juga berbual dengannya... dia juga mengatakan dia dari UPM,, lama dah bersara..
Banyak pengalaman yang dia ceritakkan berkaitan penternakan ayam,, dan baru-baru ini dia bela kucing hitam..
Terima kasih ku ucapkan dan muka pulang ke kolej...


Khamis, 8 November 2018

BBM3410/18: Rindu Suara Burung

Asalammualaikum...

Pagi... Pagi yang muncul mendendangkan aura bisikan suara burung yang berkicauan membangunkan pagi ku daripada terlena. Bunyinya yang indah seperti bunyi pit-pit mengingatkan ku di zaman persekolahan. Zaman persekolahan  merupakan zaman usia diawal remaja. Hari ini ingin ku berkongsi cerita berkenaan ''Burung" .

Burung merupakan spesis haiwan yang boleh terbang di udara dengan melebarkan sayapnya tidak kira waktu dan ruang masa. Zaman sekolah ku dan rakan-rakan amat meminati menangkap  burung kerana suka akan kecomelan burung tersebut.  Misalnya burung pipit kami bela di dalam sangkar untuk kami berhibur dengannya. Ini memberikan satu titik kepada rasa gembira kepada haiwan tersebut dan kami. Walaubagaimanapun, kami tidak peliharanya secara lama dalam sehari kami tangkap dan lepaskan semula ke tempatnya semula. 

BBM3410/18: Masih di Ambang Cuti.

Assalammualaikum..

Pada hari ini ingin ku berkongsi serba sedikit pengalaman bercuti tempoh hari lepas. Memang indah pengalaman yang manis hadir di dalam diriku. Setiap masa yang berlalu memberikan ku  mengerti kehidupan yang sangat singkat sehingga mana ku rasa cuti ini terlampau pendek.

Minggu lepas adalah minggu cuti di mana pelajar mula cuti midsem iaitu cuti pertengahan semester, Minggu inilah ramai dalam kalangan pelajar balik dengan hati yang gembira. Seolah-oleh hilang daripada strees yang melanda kehidupan. Tapi bagi ku cuti ini adalah lebih bermakna yang digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengisi masa lapang yang lama untuk menikmatinya.

Sewatktu cuti banyak ku melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Kami menjelajah daerah dan bandar-bandar yang dekat dengan kampung ku. Pengalaman ini sangat bermakna kerana dapat berintraksi antara keluarga.

Selepas habis cuti pula ku mula pulang ke Universiti Putra Malaysia untuk belajar seperti biasa sebagai mana ilmu itu adalah sangat penting dalam kehidupan manuia. Sekian, terima kasih.


BBM3410/18: Kelas Atas Talian


Assalammualaikum...

Pada hari Isnin 5 November 2018 kami ditugaskan untuk mengambil gambar prof dalam Tv Al Hijrah. Pada hari ini adalah hari cuti kerana dpat izin untuk bercuti oleh prof… Segalanya berjalan dengan lancer dalam jam 8:15 minit pagi ku sudah melihat Tv Al hijrah secara langsung (live) di laman TV Al Hijrah untuk mengambil gambar prof yang sedang berbicarakan berkaitan mermatabatkan bahasa Melayu & keharmonian kaum. 

Terdapat banyak perkongsian yang diperolehi melalui sembang santai mengenai maklumat berkaitan bahasa Melayu. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu perlu digunakan dengan sebaik mungkin dari aspek penulisan iaitu dengan menghindarkan bahasa slanga dan rojak. Manakala dalam aspek pertuturan perlu menuturkan bahasa baku di pertuturan harian secara sedikit-sedikit untuk melatih diri mencintai bahasa kita ini.











Khamis, 1 November 2018

BBM3410/18: Pertanian

Assammualaikum... 

Selamat bertemu kembali,....


Rindu dengan pokok Orkid.. lama tak turun padang di Bukit Changang Banting Seangor.. Menjaga pokok orkid mestilah teliti bagi memastikan pokok dalam keadaan yang baik dan sihat. Pelbagai bentuk teknik atau pengurusan berkaitan penjagaan tanaman ku perolehi untuk memajukan bidang pertanian di kampung halaman ku. 

Penjagaan pokok orkid mestilah dijaga setiap hari bagi memastikan pendebungaan orkid cepat bebunga dan menghasilkan bunga yang cantik. Setiap hari air mestilah di siram pada waktu tengah pagi mengikut keluasan pokok yang ditanam kadang kala siram sahaja memakan masa 2-3 jam untuk menyiram pokok orkid seluas 10 ekar.

Apabila proses tiba proses pemotongan atau dikenali proses memumut hasil bunga orkid mestilah mengunakan alatan gunting yang tajam agar pokok tidak terluka dan rosak. Bahagian batang pokok mestilah dikerat secara senget bagi mencepatkan bunga yang baru tumbuh. 

Selepas memumut bunga masa untuk sejuk beku atau pengawetan bunga untuk dikekalkan kesegarannya dengan meletakkan kandungan bahan-bahan yang diperuntukkan untuk kesegaran bunga seperti air ubat yang mengandungi limau dan anti layu. 

Sekian perkongsian.. Jumpa di lain hari.., 


BBM3410/18: Memuat Naik Gambar di Instagram

Asalammualaikum...

Pada minggu ini ku ditugaskan untuk subjek Multimedia untuk memuat naik 10 keping gambar di instagram.. Pelbagai tempat destinasi yang ku pergi untuk menambah koleksi gambar di Instagram. Pengkongsian gamnbar di instagram menunjukkan gambar pelbagai sudut fotografi yang diambil mengikut pengetahuan yang telah dipelajar sewaktu mempelajari multimedia.

Setiap gambar memberikan satu kenangan yang indah berkaitan peristiwa yang berlalu meninggalkan masa yang lepas. Indah sesuatu kenangan dan perlu di simpan di dalam ingatan untuk perjuangan sesebuah kehidupan ini.


BBM3410/18: Kampung Halaman

Asslammualaikum,,.
 Selamat bertemu kembali.....



Hari ini hari cuti ku di kampung halaman. Cuti ini agak lama kerana dapat cuti selama seminggu di rumah. Seronok pulang ke rumah dapat lihat pokok-pokok hijau yang menceriakan hari-hari ku.

Setiap pagi ku bangun mandi dengan air paip yang sejuk membuatkan kenikmatan pagi sangat indah di kampung halaman. Suasana indah membuatkan lupa sudah seminggu ku di kampung.. Rindu zaman kecil, remaja di kampung.

Di kampung pelbagai kerja yang ku lakukan sehinggakan kerja yang berat jadi ringan seperti memetik buah kelapa sawit dengan mengunakan galah yang panjang untuk menyabitnya.  Oh sungguh panas cuaca di pagi hari. Bebekalkan teh ais ku duduk di kerusi malas bagi merehatkan tubuh badan setelah penat bekerja..

Pada waktu petang ku nyalakan api... Untuk membakar dun-daun kering yang berterbangan di halaman rumah ku..

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...