Khamis, 6 Disember 2018

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,..

Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya iaitu bernama Aril Lirhays dan pada hari ini saya letakkan di blog ini untuk tugasan minggu ini berkaitan subjek Multimedia. Segala perkongsian ini memberikan satu maklumat berkaitan pembelajaran subjek Multimedia yang sangat seronok. Bagi saya subjek ini adalah subjek yang paling banyak pengalaman yang manis kerana saya dan ahli kumpulan dapat bersama-sama menyiapkan tugasan kumpulan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr. Normaliza Abd Rahim, kerana telah banyak membantu saya dan ahli kumpulan kami sepanjang subjek ini berlangsung. 





Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sampai ke hujung hayat. Sekali lagi saya, ingin  mengucapkan terima kasih kepada Prof kerana banyak memberi tujuk ajar berkenaan subjek Multimedia.  




Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalammualaikum,.. 

Papan cerita adalah satu lakaran cerita yang dipaparkan dalam sesebuah grafik terhadap persembahan ilustrasi yang digambarkan dalam sesuatu imej bagi menunjukan kesesuian dalam penciptaan sesuatu yang baru bagi memastikan keadaan grafik menjdi sempurna serta mewujudkan bentuk yang sangat benilai dalam sesuatu karya berkaitan dengan persembahan sesuatu bentuk papan cerita mengikut kesesuaiannya. 



  • Aspek yang ditekankan> Papan cerita membentuk aspek yang menjadi petunjuk aras kepada bahagian yang ingin disampaikan kepada masyarakat berkaitan aspek yang ditetapkan seperti pertimbangan warna, halaman, teks dan lain-lain lagi. 
  • Kandungan> Segala bentuk papan cerita mempunyai keperluan yang besar dalam mentukkan perjalan atau memberikan gambaran sesebuah cerita yang ingin disampaikan kepada masyarakat contohnya isi kandungan  mestilah difahami oleh masyarakat yang menilainya.

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalammualaikum,.. 

Video tanpa wajah merupakan satu pergerakan  yang mana fokus kepada bahagian anggota badan kecuali muka. Video ini kebiasaan diambil adalah mengikut kesesuian bahagian cerita atau plot cerita yang ingin dilakonkan tanpa menunjukkan bahagian muka. Sebagai contoh video yang telah direkodkan tanpa wajah ianya memberikan maksud berkaitan sesuatu watak atau cerita yang menumpukan pada input atau kesan yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Aspek yang ditekankan seperti berikut:



  1. Tanpa wajah> Lakonan yang direkodkan adalah tanpa melibatkan bahagian muka pelakon. Sebagai contoh lakonan yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan cerita dan tidak melihat kepada muka pelakon sewatu dirakam. 
  2. Titik penegas> Melihat kepada objek yang ingin ditunjukkan. Misalnya, objek yang ingin disampaikan  mestilah mempunyai  kesesuaian bahagian seperti bahagian anggota badan selain daripada muka.
  3. Jalan cerita> Menyampaikan mesej yang jelas berkaitan dengan video yang direkodkan. Contonya kandungan cerita yang memaparkan aksi sedih mesti mempunyai babak-babak sedih dan terdapat masej yang indah.
  4. Audio atau muzik> Menepati ciri-ciri penceritaan yang ingin ditekankan. Misalnya, video yang baik akan melahirkan nilai atau bentuk cerita yang sempurna. Kebiasaannya melihat kepada bentuk cerita yang bersesuian dengan tema muzik yang dipilih.


BBM3410/18: Video One Short

Assalammualaikum,.. 

Video one short adalah salah satu bentuk nyanyian yang mempunyai satu sahaja video yang mana video tersebut tidak mempunyai banyak potongan terhadap video yang direkodkan. Kebiasaan video one short adalah video yang digunakan dalam memberikan satu kesan kepada individu untuk memahami jenis gerak geri dalam persembahan yang dilakukan. Misalnya pada mingu-minggu yang sebelum ini kumpulan kami telah melakukan berkenaan pengambilan video one shoot. Oleh itu kami telah memahami sesuatu video tersebut sebelum merakam bentuk video one short tersebut berkaitan aspek yang berikut;
  1. Kedudukan kamera> Keadaan kedudukan kamera mestilah berada pada keadaan yang sempurna di mana pada bahagaian yang telah ditetapkan misalnya di bahagian tengah. Contohnya, kamera  tersebut mestilah diletakkan pada permukaan rata supaya video tidak mengalami gegaran.
  2. Video> keadaan video adalah bukan daripada mana-mana cantuman yang menjadikan ianya pelbaghai sudut. Video yang dilakukan mestilah diambil satu kali sahaja. 
  3. Video dan suara latar> Video yang diambil mestilah bersesuaian dengan muzik. Contohnya, penggunaan muzik yang baik maka akan menghasilkan gambar video yang baik dan sempurna.
  4. Video one shoot juga terbagi kepada 3 bahagian iaitu layer pertama, layer kedua dan layer ketiga kesemua video setiap layer mempunyai pergerakan yang tersendiri. Contohnya, satu layer adalah satu pergerakan, dua layer adalah dua pergerakan dan 3 layer adalah tiga pergerakan bergantung kepada situasi rakaman yang dijalankan. 
Sekadar pengkongsian saya. berkaitan video One Shoot ini.

BBM3410/18: Asas Grafik


Assalammualaikum,.. 

Pembelajaran sebelum ini telah menerangkan  berkaitan asas grafik. Oleh itu pada hari ini saya akan menceritakan dengan lebih lanjut berkaitan aspek-aspek yang penting yang ditekankan dalam subjek ini berkaitan asas permulaan dalam mempelajari berkaitan dengan subjek multimedia ini. Asas grafik  menjadi satu cabang dalam  menentukan aspek-aspek yang penting dalam asas multimedia seperti berikut:

  • Mudah> Merujuk kepada penggunaan sesuatu bentuk yang boleh diukur dan juga berkaitan asas yang senang dan mudah dibentuk  contohnya, misalnya gambar yang diketahui mudah difahami misalnya gambar botol, gunting dan bag. Semua benda tersebut boleh diukur dan dilihat menggunakan mata kasar.
  • Keseimbangan> Gambar yang diambil memerlukan keseimbangan dalam menentukan kedudukannya mengikut keadaan serta jarak mestilah mempunyai kedudukan ukuran yang bersesuaian antara kawasan kiri dan kanan contohnya, gambar kasut mestilah kedudukan titik tengah atau mengikut keseimbangan gambar yang bakal diambil.
  • Kesesuaian> Mengikut keadaan sekeliling yang mana berkaitan dengan persekitaran sekeliling menjadi asas kepada sesuatu asas grafik contohnya, keadaan cuaca mestilah mempunyai cahaya yang sesuai bagi menghasilkan gambar yang bermutu.
  • Warna> Kandungan warna menjukkan sesuatu keadaan yang mana menjadikan gambar yang bakal diambil mempunyai ciri-ciri yang sesuai mengikut latar tempat. Kebiasaannya gambar yang diambil mestilah jelas. Contohnya, gambar yang diambil tidak terlampau terang dan gelap bergantung kepada cahaya.
  • Teks> Aspek teks menjadi salah satu menentukan sesuatu gambar. Ini kerana dalam sesebuah iklan memerlukan kandungan huruf yang pendek-pendek supaya penonton dapat memahami mesej yang bakal disampaikan dalam sesuatu masyarakat.

Oleh itu, perkongsian ini memberikan satu bentuk pemangkin kepada 

Rabu, 14 November 2018

BBM3410/18: Proses Photoshop

Assalammualaikum,.. 

Pada hari ini kelas Multimedia tiada. Oleh itu, terdapat tugasan yang perlu dilakukan berkaitan proses membuat kalendar 2019.

Dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kami telah ditugaskan untuk merekod video berkaitan cara pembuatan kalendar 2019 menggunakan perisian Photoshop. 

Alhamdulilah,,, saya dapat merekod video proses menyiapkan satu kalendar iaitu bulan 11.

Saya terpaksa mengunakan youtube kerana saiz di blog tidak mencukupi untuk video ini.. ini liks saya.. https://youtu.be/uwA2OeWFxhQ atau clik video di bawah untuk sambung dengan youtube: 

~Syahril~ 185294


Gambar Photoshop yang telah sempurna:





Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18: Twitter

Asslammualaikum.... 



Pada hari ini saya ingin memberitahu rakan-rakan yang melihat blog saya bolehlah singgah di Twitter iaitu,  beralamatkan, https://twitter.com/Syahril40015319 . Semoga tuan-tuan rakan-rakan senag hati bila mengikuti Twitter saya.. Jangan risau tiada status yang mengangu jiwa  rakan-rakan sekalian.. perkongsian yang menarik saya sajikan untuk pedoman hidup kawan-kawan sekalian .. Tak lain tak bukan marilah follow Twitter saya...  









Tujuan saya buat Twitter adalah berkongsi maklumat berkaitan semasa sepanjang saya berdiri di menara gading. 
Bak kata perpatah rakan seperjuangan saya.. Syed Ahmad Faisal katanya...Bersatu teguh bercerai roboh.. Entah saya cuma sampaikan kepada rakan-rakan katanya penting... (wasiat)

Apa pun... ilmu itu seterang cahaya lampu kelip-kelip. 

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...