Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalammualaikum,.. 

Video tanpa wajah merupakan satu pergerakan  yang mana fokus kepada bahagian anggota badan kecuali muka. Video ini kebiasaan diambil adalah mengikut kesesuian bahagian cerita atau plot cerita yang ingin dilakonkan tanpa menunjukkan bahagian muka. Sebagai contoh video yang telah direkodkan tanpa wajah ianya memberikan maksud berkaitan sesuatu watak atau cerita yang menumpukan pada input atau kesan yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Aspek yang ditekankan seperti berikut:



  1. Tanpa wajah> Lakonan yang direkodkan adalah tanpa melibatkan bahagian muka pelakon. Sebagai contoh lakonan yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan cerita dan tidak melihat kepada muka pelakon sewatu dirakam. 
  2. Titik penegas> Melihat kepada objek yang ingin ditunjukkan. Misalnya, objek yang ingin disampaikan  mestilah mempunyai  kesesuaian bahagian seperti bahagian anggota badan selain daripada muka.
  3. Jalan cerita> Menyampaikan mesej yang jelas berkaitan dengan video yang direkodkan. Contonya kandungan cerita yang memaparkan aksi sedih mesti mempunyai babak-babak sedih dan terdapat masej yang indah.
  4. Audio atau muzik> Menepati ciri-ciri penceritaan yang ingin ditekankan. Misalnya, video yang baik akan melahirkan nilai atau bentuk cerita yang sempurna. Kebiasaannya melihat kepada bentuk cerita yang bersesuian dengan tema muzik yang dipilih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...