Jumaat, 26 Oktober 2018

BBM3410/18: Video Keterampilan Berbahasa

Assalammualaikum...



Pada minggu ini,.. saya telahpun mengambil video keterampilan bahasa Melayu.. iaitu tajuk memartabatkan bahasa Melayu mengenai langkah-langkahnya... Banyak penglaman yang telah saya telah perolehi melalui pembacaan dan penelitian dalam meningkatkan dan mengembangkan bahasa Melayu ke persada dunia. 

Hari ini dapat dilihat pekembangan negara yang pesat membolehkan bahasa Melayu berjalan seiring dengan kemodenan yang berlaku di Malaysia. Oleh itu penerapan terhadap langkah mermatabatkan bahasa Melayu telah menjadi kunci kepada ketamadunan sesebuah bangsa melalui kemahiran dalam berbahasa Melayu secara lebih meluas di negara ini. Melalui media massa, media cetak dan media yang lain sebagai penyumbang besar kepada kemajuan bahasa itu sendiri. 

Sekian, terima kasih...


BBM3410/18: Video One Shot

Assalammualaikum,...

Pada minggu ini saya serta kumpulan telah diberi tugasan mengambil gambar video one shot iaitu dengan  menggunakan satu lagu yang dipilih setiap ahli kumpulan. Setiap lagu itu mestilah menepati keseuaian yang perlu diambil dan dirakam. Kumpulan kami telahpun memilih lagu Amalina. 

Semua telah mengikut perancangan yang dirancang. Pada pagi khamis jam 9:00 pagi kumpulan kami telah melakukan pengambaran video berdurasikan empat minit bersesuaian dengan lagu yang dipilih. 

Oleh itu, secara tidak langsung dengan adanya rakaman video ini maka dapatlah tugasan ini disempurnakan dengan sebaiknya. Jika ingin melihat video one shoot kami bolehlah di tonton pada bulan november selepas habis cuti midterm saya.. sekian terima kasih.. 

BBM3410/18: INSTAGRAM

Assalammualikum,... Bertemu kembali,....


Pada minggu yang lepas saya telah mendapati instagram saya telah di "like" oleh Prof... Gambar yang telah di tangkap adalah seperti gambar di bawah untuk bukti instagram sudah di semak dan dilihat oleh Prof.. berkaitan tugasan instagram saya.



Segala ilmu yang diperolehi ketika mengambil gambar photografi banyak memberikan saya kefahaman dalam mengambil gambar dengan baik. Oleh itu, setiap ilmu yang saya perolehi saya akan simpan sehingga ke akhir hayat.





Jumaat, 19 Oktober 2018

BBM3410/18 : Beli Pokok Ciku

Assalammualaikum.., Hari ini hari jumaat ku beli pokok ciku,... Seawal jam 8:00 pagi ku sudah berpusing satu kawasan penjualan pasar Tani di Masjid Mardi. Setiap yang dijual  di pasar Tani ini menawarkan  harga yang berpatutan kepada penduduk di sekitarnya. 



Pokok Ciku Mega

Inilah gambar pokok ciku yang ku beli sudah berbuah dan boleh dimakan setelah masak.  Pengunaan air dan baja yang secukupnya dapat mempercepatkan hasil tumbesaran pokok ini. Ku siramnya setiap hari bagi memastikan tumbesaran pokok tersebut cepat membesar.  Seterusnya, pokok ini akan dipindahkan ke dalam pasu supaya ianya cepat membesar dan mengeluatrkan hasil yang banyak.

Sekadar perkongsian bersama cerita pada hari ini. Semoga kita berjumpa di lain waktu. Sekian, terima kasih.

BBM3410/18: Jalan-Jalan Jom MARDI

Hari ini kami berjalan ke Mardi...
Berjalan melihat tumbuhan hijau mewarnai kehijauan hidupku..
Indah cahaya mentari
Disinari cahaya pagi...
....


Pokok cili merupakan pokok yang menghasilkan rasa pedas. Sesiapa yang memakannya pasti ada yang sampai terkeluar air mata kerana kepedasannya. Rasa pedas sering membuatkan manusia tepukau dengan kepedasannya. Tetapi dalam kepedasan pokok cili ini mempunyai manfaat yang tersendiri.

Pokok cili adalah pokok yang mudah dijumpai tidak kira di bandar mahupun kampung. Pokok chili ini banyak nilai keistimewaan yang istimewa dalam merawat penyakit seperti bisul dan penyembuh luka. Pengunaan daunnya dengan menumbuk dengan lumat dan disapukan di tempat yang mengalami kesakitan tersebut. Oleh itu, manfaat pokok cili ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin agar memberi kesan yang baik pada diri sendiri mahupun orang lain melalui manfaatnya. 



Sekian, Terima Kasih.
.

BBM3410/18: Simpulan Bahasa

Assalammualaikum,..

Pada minggu ini kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar berkaitan simpulan bahasa. Kumpulan kami telah memilih 10 kata daripada simpulan bahasa. Setiap gambar yang ditangkap mestilah mempunyai kaitan dengan kesimpulan bahasa yang telah dipilih. Kesemuanya berjalan lancar antara pasukan. Tugasan ini memberikan satu kepuasaan dalam kumpulan kerana dapat bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam pasukan.

Setiap gambar yang diambil memberikan masej terhadap masyarakat yang melihatnya. Saya kongsikan 2 gambar peribahasa di sini seperti berikut: 


Gambar Peribahasa: Kaki Pancing



Gambar Peribahasa: Ringan Tulang




Selepas selesai mengambil gambar saya dan kumpulan berehat di sebuah kedia cendol UPM. Alhamdulillah.. selesai sudah ambil gambar. Rehat dulu minum cendol maklum cuaca sekarang ini sangat panas jadi air kena minum lebih. 



Rabu, 10 Oktober 2018

BBM3410/18: Kawan Rapat

Assalammualaikum,...




Kawan adalah sebahagian besar dalam kehidupan. Pengenalan yang hadir memberikan sejarah dalam diri ku untuk bersahabat dengan orang ramai. Pengalaman ini sewaktu ku di kampung mengenali sahabat baru, sewaktu menjalani latihan industri. 


Terima kasih diucapakan kerana sudi bersahabat walaupun sebentar sahaja. Persahabatan yang terjalin tidak akan putus sampai bila-bila. Setiap sahabat banyak memberikan dorongan kepadaku untuk terus maju kehadapan bagi 

Ku rasa sangat gembira mengenali kawan-kawan baru kerana dapat berkongsi idea, Kadang kala ku merasa gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang baru berkaitan soal pekerjaan.. 

Perkongsian ini diharapkan memberikan kesan kepada diri serta masyarakat berkaitan memori saya di sini berkisahkan tentang kawan rapat

BBM3410/18: Mengapai Impian Hidup

Assalammuaikum, selamat pagi...


Kejayaan  memerlukan kekuatan dalam menempuhi segala onak duri yang dilalui terdapat tips-tips yang boleh diterapkan diri untuk menjadi insan yang berjaya seperti berikut:


  1. Menepati masa
  2. Tidak mudah berputus asa 
  3. Mudah menerima pendapat.
  4. Berkongsi idea kepada masyarakat
  5. Bersemangat dalam melakan tugasan.
Kesemua tips-tips memerlukan pengorbanan yang tinggi dan menjadi titik tolak kepada asas dalam meningkatkan kekuatan diri menjadi insan yang berguna dalam masyakat. 

Segala tips yang terdapat di atas diguanakan sebaik mungkin dalam menjalani kehidupan supaya menjadi lebih matang dalam kehidupan.

Saya, berkongsi maklumat tips seperti di atas agar kita dapat bersama-sama mengubah diri ke arah yang lebih baik supaya hidup ini bertambah berkat di dunia mahupun di akhiran. Seterusnya, manusia perlu berusaha dalam mengapai kejayaan. Ini kera hidup manusia adalah sementara dan akhirat jualah kekal buat selama-lamanya. Oleh itu, kesemua tips yang dikongsikan berguna untuk kehidupan kini. 

BBM3410/18: Tugasan Minggu 5 Flat lay

Assalammualaikum,... Selamat pagi :)


Pada hari minggu ini iaitu pada minggu kelima saya dan ahli kumpulan menyiapkan tugasan kumpulan untuk mengambil gambar berkaitan Flat lay,Haft Flat Lay, Quarter Flat Lay dan Zero Flat Lay. Kesemua gambar mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menunjukkan kedudukan gambar  yang perlu dimbil dengan mengikut kesesuaian gambar.Pelajar juga diarahkan untuk mengambil 5 keping gambar berkaitan jenis-jenis Plat Lay. Kemudian kumpulan kami telah memuat naik di instagram masing-masing sebagai satu bukti kami telah selesai mengambil gambar yang diarahkan seperti yang suruh oleh Prof Dr Normaliza.


Gambar-gambar yang telah diambil terdiri daripada gambar seperti berikut:





Gambar:Flat Lay "Diambil dari sudut 90 darjah"





Gambar : Haft Flat Lay "diambil dari sudut 45 darjah dari lantai"




Gambar: Quarter Flat Lay "diambil dari sudut 15 darjah dari lantai.:




Gambar: Zero Flat Lay "diambil secara mendatar di atas lantai"

Dalam menyiapkan tugasan ini kumpulan kami telah bekerjasa antara satu dengan yang lain menyiapkan tugasan yang disuruh. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami sangat gembira dapat bekerja bersama-sama dalam kumpulan ini. 



Sekian, Terima Kasih.





Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Pengalaman Hidup Bekerja

Assalammualaikum.,

Saya, ingin berkongsi pengalaman bekerja yang saya pernah saya lalui sebelum ini banyak memberikan motivasi kepada diri saya untuk menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang. 

Sewaktu  saya sudah tamat persekolahan tingkatan enam saya telah mempelajari benda yang baru dalam hidup saya. Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai penyembelih ayam di sebuah kedai yang terletak di kampung halaman. 



Pengalaman pekerjaan menceburi bidang dalam peneyembelihan ayam amat sukar pada mulanya dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana perlu bekerah tenaga untuk menyembelih ayam. Kebiasaannya pengeluaran sehari biasa 500 ekor ayam dan musim perayaan pula kebiasaannya 2000 ekor ayam disembelih dalam satu hari.

Saya telah melakukan kerja di kedai seawal jam 4 pagi. Setiap pagi saya ditugaskan untuk membuka kedai dan saya sudah bersiap untuk bekerja sebagai penyembelih ayam dan pada pagi itu saya memastikan pelanggan mendapat layanan yang sempurna. 

Sehingga satu tahap dan waktu telah sampai saya mengundurkan diri daripada melakuakan pekerjaan tersebut disebabkan saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

Setiap kisah pekerjaan yang saya lakukan banyak memberikan saya pengalaman yang berguna kepada saya untuk terus berusaha mwencapai impian hidup yang lebih baik.  

BBM3410/18: Tugasan Putrablast

Assalammualaikum,..


Pada minggu keempat ini, saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan untuk menjawab dua soalan yang mengandungi berkaitan soalan di dalam buku BOOM!.


Bentuk soalannya adalah pandangan mengenai aplikasi media sosial dan memilih satu jenis media sosial sahaja yang digunakan dan diaplikasikan dalam pembelajaran di Universiti.  Hasil penulisan mestilah sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dan tidak melebihi 150 patah perkataan. 

Selain itu, pelajar mestilah mengikut arahan yang ditetapkan oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Pelajar tidak dibenarkan melakukan segala peniruan seperti meniru rakan sebaya. Hal ini, jika didapati jawapan yang sama maka 10 markah akan ditolak bagi mereka yang dikesan meniru. Oleh itu, tugasan ini saya melakukan dengan sebaik mungkin bagi memperoleh keputusan yang baik.

Saya dan rakan-rakan perlu membuka laman Putrablast untuk melihat soalan yang dikemukakan dan menjawapnya dengan masa yang telah ditetapkan iaitu jam 2 hingga jam 3 petang  jawapan tersebut perlu di email kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.






Sekian terima kasih.

BBM3410/18: Pesta Makanan

 Assalammualaikum,..


Makanan Tradisional Melayu telah diadakan pada minggu lepas dihadapan rumah berdekatan dengan Muziun Warisan Melayu. Pada tarikh 25 September 2018 bersamaan hari selasa telah bermulanya majlis tersebut pada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Pelbagai aktiviti jualan berkaitan makanan tradisional Melayu dijual dengan harga yang berpatutan untuk pelajar hadir  ke pesta tradisional makanan Melayu. 

Perasmian Pesta Makanan telah berlansung sekitar jam 10 pagi. Semua pelajar dan pegawai yang terlibat telah berkumpul di dewan bangunan CALC untuk memeriahkan majlis perasmian tersebut. Majlis pesta makanan dirasmikan oleh Naib Canselor UPM iaitu datin Paduka Aini Ideris. 

Selain itu, selepas perasmian Pesta Makanan Tradisional pelajar-pelajar pergi ke gerai jualan yang menawarkan makanan tradisional Melayu. Pelajar-pejar juga ditawarkan dengan harga makanan yang murah. Terdapat juga Chef jemputan iaitu Dr Shahrin bin Karim bagi memeriahkan majlis pesta makanan tradisional ini. Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar bagi menyiapkan tugasan menghantar gambar di instagram. 

Sekian, terima kasih.









BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...