Asalammualaikum...
Pagi... Pagi yang muncul mendendangkan aura bisikan suara burung yang berkicauan membangunkan pagi ku daripada terlena. Bunyinya yang indah seperti bunyi pit-pit mengingatkan ku di zaman persekolahan. Zaman persekolahan merupakan zaman usia diawal remaja. Hari ini ingin ku berkongsi cerita berkenaan ''Burung" .
Burung merupakan spesis haiwan yang boleh terbang di udara dengan melebarkan sayapnya tidak kira waktu dan ruang masa. Zaman sekolah ku dan rakan-rakan amat meminati menangkap burung kerana suka akan kecomelan burung tersebut. Misalnya burung pipit kami bela di dalam sangkar untuk kami berhibur dengannya. Ini memberikan satu titik kepada rasa gembira kepada haiwan tersebut dan kami. Walaubagaimanapun, kami tidak peliharanya secara lama dalam sehari kami tangkap dan lepaskan semula ke tempatnya semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan