Khamis, 1 November 2018

BBM3410/18: Pertanian

Assammualaikum... 

Selamat bertemu kembali,....


Rindu dengan pokok Orkid.. lama tak turun padang di Bukit Changang Banting Seangor.. Menjaga pokok orkid mestilah teliti bagi memastikan pokok dalam keadaan yang baik dan sihat. Pelbagai bentuk teknik atau pengurusan berkaitan penjagaan tanaman ku perolehi untuk memajukan bidang pertanian di kampung halaman ku. 

Penjagaan pokok orkid mestilah dijaga setiap hari bagi memastikan pendebungaan orkid cepat bebunga dan menghasilkan bunga yang cantik. Setiap hari air mestilah di siram pada waktu tengah pagi mengikut keluasan pokok yang ditanam kadang kala siram sahaja memakan masa 2-3 jam untuk menyiram pokok orkid seluas 10 ekar.

Apabila proses tiba proses pemotongan atau dikenali proses memumut hasil bunga orkid mestilah mengunakan alatan gunting yang tajam agar pokok tidak terluka dan rosak. Bahagian batang pokok mestilah dikerat secara senget bagi mencepatkan bunga yang baru tumbuh. 

Selepas memumut bunga masa untuk sejuk beku atau pengawetan bunga untuk dikekalkan kesegarannya dengan meletakkan kandungan bahan-bahan yang diperuntukkan untuk kesegaran bunga seperti air ubat yang mengandungi limau dan anti layu. 

Sekian perkongsian.. Jumpa di lain hari.., 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...