Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Pesta Makanan

 Assalammualaikum,..


Makanan Tradisional Melayu telah diadakan pada minggu lepas dihadapan rumah berdekatan dengan Muziun Warisan Melayu. Pada tarikh 25 September 2018 bersamaan hari selasa telah bermulanya majlis tersebut pada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Pelbagai aktiviti jualan berkaitan makanan tradisional Melayu dijual dengan harga yang berpatutan untuk pelajar hadir  ke pesta tradisional makanan Melayu. 

Perasmian Pesta Makanan telah berlansung sekitar jam 10 pagi. Semua pelajar dan pegawai yang terlibat telah berkumpul di dewan bangunan CALC untuk memeriahkan majlis perasmian tersebut. Majlis pesta makanan dirasmikan oleh Naib Canselor UPM iaitu datin Paduka Aini Ideris. 

Selain itu, selepas perasmian Pesta Makanan Tradisional pelajar-pelajar pergi ke gerai jualan yang menawarkan makanan tradisional Melayu. Pelajar-pejar juga ditawarkan dengan harga makanan yang murah. Terdapat juga Chef jemputan iaitu Dr Shahrin bin Karim bagi memeriahkan majlis pesta makanan tradisional ini. Saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar bagi menyiapkan tugasan menghantar gambar di instagram. 

Sekian, terima kasih.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...