Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Pengalaman Hidup Bekerja

Assalammualaikum.,

Saya, ingin berkongsi pengalaman bekerja yang saya pernah saya lalui sebelum ini banyak memberikan motivasi kepada diri saya untuk menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang. 

Sewaktu  saya sudah tamat persekolahan tingkatan enam saya telah mempelajari benda yang baru dalam hidup saya. Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai penyembelih ayam di sebuah kedai yang terletak di kampung halaman. 



Pengalaman pekerjaan menceburi bidang dalam peneyembelihan ayam amat sukar pada mulanya dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana perlu bekerah tenaga untuk menyembelih ayam. Kebiasaannya pengeluaran sehari biasa 500 ekor ayam dan musim perayaan pula kebiasaannya 2000 ekor ayam disembelih dalam satu hari.

Saya telah melakukan kerja di kedai seawal jam 4 pagi. Setiap pagi saya ditugaskan untuk membuka kedai dan saya sudah bersiap untuk bekerja sebagai penyembelih ayam dan pada pagi itu saya memastikan pelanggan mendapat layanan yang sempurna. 

Sehingga satu tahap dan waktu telah sampai saya mengundurkan diri daripada melakuakan pekerjaan tersebut disebabkan saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

Setiap kisah pekerjaan yang saya lakukan banyak memberikan saya pengalaman yang berguna kepada saya untuk terus berusaha mwencapai impian hidup yang lebih baik.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 : Gambar Facebook

Asslammualaikum,.. Pada hari ini saya ingin berkongsi gambar Prof saya di sini. Sebelum ini saya, telah memuat naik di Facebook saya ia...